Ads 468x60px

Pages

Wednesday, February 26, 2014

Jus Buah Durian

 

JUS BUAH DURIAN

Bahan-bahan:-

Air batu
10 ulas buah durian - dikisar
gula (mengikut citarasa sendiri)
Susu cair (mengikut citarasa sendiri)


Cara-cara:-

Kisarkan buah durian dalam mesin pengisar, tambahkan gula dan susu cair. Tambahkan air jika suka sebelum menghidangkannya

kredit:- www.familiazam.com

Jus Buah Cempedak

 

JUS BUAH CEMPEDAK

Bahan-bahan:-

Air batu
8 ulas buah cempedak
gula (mengikut citarasa sendiri)
Susu cair (mengikut citarasa sendiri)


Cara-cara:-

Kisar buah cempedak didalam mesin pengisar, kemudian isikan gula dan susu cair. Letakkan air batu dan sedia dihidangkan.

kredit:- www.familiazam.com

Peach Tadpole Jelly

 

PEACH TADPOLE JELLY

Bahan-bahan:-

Air gula (secukup rasa)
Air batu
Buah pic
Tadpole jelly
Pewarna kuning
Biji selasih


Cara-cara:-

Masukkan air gula, kisarkan air batu. Kemudian letakkan pewarna. Letakkan buah pic dan hiaskan dengan tadpole jelly dan letakkan lengkung/agar-agar berwarna merah.

kredit:- www.familiazam.com

Jus Durian Belanda Longan

 

JUS DURIAN BELANDA LONGAN

Bahan-bahan:-

Air gula (secukup rasa)
Air batu
Buah longan
Durian belanda
nata de coco
pewarna hijau
cincau
Tadpole jelly


Cara-cara:-

Letakkan air gula, kisarkan air batu. Letakkan pewarna, hiaskan dengan buah longan, tadpole jelly,dan biji selasih. Kemudian letakkan buah durian belanda.

kredit:- www.familiazam.com

Sourplum Coralweed

 

SOURPLUM CORALWEED

Bahan-bahan:-

Air gula (secukup rasa)
Air batu
Pewarna merah
Buah sourplum coralweed
1 buji limau kasturi
biji selasih


Cara-cara:-

Letakkan air gula dalam mesin pengisar bersama dengan air batu, kemudian kisarkan. Tambah pewarna, kemudian tambahkan sourplum. Hiaskan dengan coralweed dan limau kasturi berserta biji selasih.

kredit:- www.familiazam.com

Kiwi Longan Shave Delight

 

KIWI LONGAN SHAVE DELIGHT

Bahan-bahan:-

Air gula (secukup rasa)
Air batu
Buah longan 
Biji Selasih
Pewarna hijau
6 biji buah kiwi (dalam tin)


Cara-cara:-

Letakkan air gula, kisarkan air batu. Kemudian letakkan pewarna. Hiaskan dengan buah longan, buah kiwi, biji selasih dan sedia dihidangkan. 

kredit:- www.familiazam.com 

Floating Bandung

 

FLOATING BANDUNG

Bahan-bahan:-
 
Pewarna merah sirap (secukup rasa)
1 tin susu pekat 
www.familiazam.com
Sedikit krim (whip cream)
4-6 biji buah ceri (sebagai hiasan)
1 liter air masak 

 

Cara-cara:-


Bancuh air masak, susu dan sirap dalam jug sederhana besar. Kemudian tuang dalam gelas berkaki dan letakkan beberapa ketul ais. Bubuh sedikit krim diatasnya dan hiaskan dengan buah ceri.

kredit:- www.familiazam.com 

Jus Buah Kiwi



JUS BUAH KIWI

Bahan-bahan :-

200 isi buah kiwi
500 ml air masak
50 ml susu krim


Cara-cara :-

1- Masukan isi buah kiwi, susu krim dan air kedalam pengisar dan putar hingga hancur.
2- Sejukkan di dalam peti sejuk.
# susu krim boleh digantikan dengan susu cair jika suka. 

kredit :-   www.familiazam.com

Jus Durian Belanda



JUS DURIAN BELANDA

 Bahan-bahan :-

200 gram isi durian belanda
500 ml air masak
50 ml susu krim


Cara-cara :-

1- Masukkan isi durian belanda, susu krim dan air kedalam pengisar dan putar hingga hancur.
2- Sejukkan di dalam peti sejuk.
3- Semasa menghidang masukkan sedikit isi durian belanda.

kredit :- www.familiazam.com 

Lassi


LASSI

 Bahan-bahan :-

( 2 orang )
1 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar
2 sudu besar madu


Cara-cara :-

Campur yogurt dengan susu. Kacaukan. Kemudian masukkan pula susu dan madu. Kacau lagi
Masukkan campuran ke dalam gelas yang ada ais. Bolehlah diminum. Kalau nak sedap boleh juga tambah perisa seperti jus oren, lemon atau sebagainya

kredit:- honey@myresepi.com 

Pati Calpis


PATI CALPIS

Bahan-bahan :-

( anggaran 345g )
150g yogurt
150g gula
45g jus lemon


Cara-cara :-

Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

kredit :- yani@myresepi.com

Sunday, February 23, 2014

Bandung Soda



 BANDUNG SODA

Bahan-bahan :-

1) 1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
2) 3/4 tin susu sejat
3) 3/4 jug kuib ais
4) 1/2 tin ice cream soda


Cara-cara :-

Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..

kredit :- www.tiffinbiru.com

Bandung 3 Layer



BANDUNG 3 LAYER 

Bahan-bahan:-

1) 3 sudu besar air pandan (masak 1 cawan air dengan 1/2 cawan gula+sedikit esen pandan)
2) 1/2 cawan susu cair + 1 sudu kecil susu pekat manis + 1/4 cawan air masak (kacau sebati    kesemua ni)
3) 5 sudu besar air masak + 1sudu kecil sirap
4) ais yang di hancurkan sedikit


Cara-cara:-

Letak 3 sudu air pandan . (yang telah disejukkan dalam peti ais)
Kemudian masukkan ais yang telah dihancurkan sedikit
Lepas tu ,masukkan susu tadi dengan perlahan2 dan berhati2 agar ia tak bercampur sgt dgn air pandan tadi.
Akhir sekali,titik2kan sirap diatas air susu tu dengan perlahan2.Jangan kacau kerana ianya akan meresap sendiri (kalau nk senang,masukkan dalam botol yang picit2 tu mcm botol tarok mayonis tu)
Kalu nak tarok straw tu..tarok hati2 yer....selamat mencuba...

MOJITO (malaysian made)


MOJITO

Bahan-bahan:-

1) Limau nipis
2) Daun pudina
3) Sprite / Ice-cream soda
4) Ais hancur 


Cara-cara:-

1) Ambil daun pudina dalam 3-5 helai, letak dalam gelas.
2) Perahkan sebiji jus limau nipis atas daun tu.
3) Ambil senduk kayu, gunakan hujung pemegang senduk and tumbuk2 sikit daun pudina dalam gelas tu.
4) Letakkan ais hancur, tuangkan sprite atau air ice cream soda. Sedia dihidangkan.